Friday, August 27, 2010

Pameran hari Kemerdekaan - 26 Ogos 2010

Panitia Sejarah SMK St George Balik Pulau yang diketuai oleh Pn Hafzan hari ini telah melancarkan satu pameran bersempena Hari Kemerdekaan Yang ke-53. Pelbagai wadah santapan jiwa sempena memperingati dan menghayati erti sebenar kemerdekaan telah dianjurkan pada hari ini.

Pameran bermula pada pukul 8 pagi bertempat di dewan SMK St. George Balik Pulau dan berakhir menjelang tamat waktu persekolahan. Pelajar-pelajar berpusu-pusu memberi sokongan meramaikan suasana di samping menyertai kuiz-kuiz yang diadakan.

 Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Antara aktiviti yang mengambil tempat dalam adalah seperti sudut pameran buku berunsur sejarah di mana pelajar boleh membaca, peta negara Malaysia beserta bendera bagi setiap negeri, gambar-gambar tokoh kemerdekaan, kuiz, ceramah, cabutan bagi pengunjung bertuah serta tidak ketinggalan kad nurkilan pelajar-pelajar SMK St George dan hasil ciptaan dan rekaan pelajar menggunakan bahan terbuang atau kitar semula.



Dan antara yang lebih menarik di ruang pameran adalah gubahan kolem yang berukuran 2x2 meter telah disempurnakan oleh pelajar-pelajar tingkatan tiga dengan begitu menarik sekali.


Program ini telah menunjukkan betapa tingginya semangat patriotik warga St George dan kerjasama antara guru dan pelajar yang amat baik sekali dalam menjayakan program kemerdekaan ini.

Tahniah warga Panitia Sejarah serta pelajar-pelajar yang terlibat.. :-)