Sunday, March 4, 2012

Aktiviti Bulan Mac 2012

Kem Kepimpinan (30 Mac hingga 1 April 2012)

Kem ini bertujuan memantapkan sifat kepimpinan dalam kalangan pengawas.  Kursus kepimpinan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Zakat (PULAZA) Balik Pulau, Pulau Pinang.  Program ini merupakan anjuran pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Zakat Pulau Pinang.  Melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas SPBT, pengawas PSS dan pengawas koperasi sekolah.  Dengan adanya kursus sedemikian, diharapkan para pelajar dapat memantapkan jati diri dan meningkatkan sifat kepimpinan.

Sebahagian pelajar yang terlibat dalam kursus tersebut

Kempen Jom Pi Sekolah & Guru Penyayang (28 Mac 2012)
Bagi menarik minat pelajar ke sekolah, satu program telah dilancarkan iaitu Kempen Jom Pi Sekolah.  Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Nasri b. Rashid, Pegawai PROSA PPD Barat Daya.  Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun merupakan anjuran unit Hal Ehwal Murid.  Selain itu, Program Guru Penyayang turut dilancarkan.  Ini selaras dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan guru dihormati, murid disayangi.

 


Program Pertukaran Pelajar ke Trang, Thailand (3 - 4 Mac 2012)
Seramai 16 orang pelajar Tingkatan 5 Sains bersama 5 orang guru telah mengikuti program singkat ini.  Program ini turut disertai oleh SMK Seri Balik Pulau yang turut membawa 20 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring.  Diharapkan program sebegini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak yang dapat mengembangkan lagi bidang pendidikan ini. "Sawa de kap ..."
  
Guru-guru yang terlibat
Para peserta porgram



Pilihanraya Pemilihan Ketua Pelajar bagi tahun 2012 (2 Mac 2012)
Semua warga St. George keluar mengundi pada hari ini untuk memilih Ketua Pelajar bagi tahun ini setelah hampir seminggu calon-calon pilihanraya diberi peluang berkempen.  Ini merupakan tahun kedua St. George mengadakan pilihanraya seperti ini.  Keputusan pilihanraya telah diumumkan pada hari ini juga di mana Saudara Muhammad Ammar b. Izmi (5 SC) telah dipilih oleh warga St. George sebagai Ketua Pelajar manakala Saudari Nur Amanina Ayani bt. Norzelan (5 TV) menjadi Penolong Ketua PelajarTahniah dan syabas diucapkan, semoga mereka dapat memberi komitmen yang baik terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.                                                      
                                                                            
Pendaftaran sebelum mengundi
Sebahagian pelajar yang sedang mengundi





Pn. Hjh. Habsah sedang mengundi
















Pelancaran Program I Love Sejarah (1 Mac 2012)
Program yang membuka tirai Mac tahun ini anjuran Panitia Sejarah SMK St. George dengan kerjasama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang Perpustakaan Daerah Balik Pulau, Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dan GPMS.  Telah dirasmikan oleh Pengarah Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang, En. Mohd. Nasser b. Malim.  Program ini diadakan bagi menyemai sikap cintakan sejarah dalam diri pelajar dan guru.  Pelbagai program telah dijalankan antaranya Bicara Tokoh, motivasi dan penyampaian tokoh sejarah peringkat sekolah.

Ketibaan tetamu kehormat
Sesi bersama wakil GPMS
Bahan pameran




Sesi Bicara Tokoh

Pameran oleh Perpustakaan Cawangan Balik Pulau