Tuesday, July 31, 2012

Aktiviti Bulan April 2012


Sukan Tara (27 April 2012)
Sukan tara diadakan bagi mengutip mata untuk rumah sukan.  Diharap semua pelajar bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk mengutip mata untuk rumah sukan mereka.  "Majulah sukan ...."

Sesi memanaskan badan sebelum acara bermula
Pelajar bersedia di garisan permulaan
Aksi pelajar yang sempat dirakam

Program Cakna Fardhu Kifayah 2012
Program ini telah dijalankan pada 20 April 2012 (Jumaat) di dewan sekolah.  Anjuran pihak Panitia Pendidikan Islam yang mengambil inisiatif bagi meningkatkan kefahaman amalan fardhu kifayah dalam kalangan pelajar.  Antara pengisian program ini ialah gotong-royong memasak, pendedahan dalam menguruskan jenazah dan juga cara penyembelihan yang betul mengikut syara'.  Demonstrator bagi program ini ialah Bekas Pegawai Kor Angkatan Tentera (KAGAT), Ustaz Mohd. Khairi b. Mohd. Isa.

Gotong-royong memasak
Guru-guru sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak
Sesi amali pengurusan jenazah
Sesi amali penyembelihan


Hari Kebudayaan 1 Malaysia 2012
Program ini telah diadakan pada 21 April 2012 (Sabtu) di kawasan sekolah.  Selari dengan seruan Perdana Menteri Malaysia yang mencetuskan konsep 1 Malaysia, program anjuran Panitia Pendidikan Moral ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar budaya yang diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia.  Antara program yang dijalankan ialah gerai menjual kuih-kuih tradisional, permainan tradisional, tarian kebudayaan dan peragaan baju kebudayaan setiap kaum.  Diharapkan program sebegini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di sekolah ini .... 1 Malaysia ....

Aktiviti jualan kuih tradisional
Kaligrafi Cina
Pameran
Sebahagian daripada guru dan pelajar yang mengambil bahagian
Membuat kolam (tradisi masyarakat India)
Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian

Pertandingan Pidato (4 April 2012)
SMK St. George (M) menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Pidato Ko-akademik Kelompok M4.  Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dalam kelompok M4.  Majlis berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 5.00 petang.

Peserta SMK St. George (M)




Minggu Bahasa Inggeris (2 - 6 April 2012)
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah DJ Corner, Choral Speaking,
Essay Writing Competition, Poster Drawing Competition dan pelbagai lagi.

Choral speaking
Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan