Tuesday, September 10, 2013

MALAM MESRA ALUMNI GEORGIANS


Buat kali yang ke-4, PIBG SMK St. George(M) akan mengadakan jamuan makan malam atau lebih dikenali dengan nama MALAM MESRA ALUMNI GEORGIANS.  Maklumat berkenaan majlis tersebut adalah seperti yang tertera di atas.  Semua alumni Georgians, yang baru mahupun lama dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Monday, September 2, 2013

KEM 1 MURID 1 SUKAN

TARIKH  :  3 SEPTEMBER 2013
HARI  :  SELASA
TEMPAT  :  DEWAN SEKOLAH


Program ini adalah kerjasama antara SMK St. George dengan SK St. George Balik Pulau.  Kem yang akan berlangsung ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek Teknik Asas Permainan, Pemakanan dan Kecederaan dalam Sukan.  Taklimat akan diberikan oleh guru-guru dari kedua-dua sekolah. 

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2013

TARIKH :  23  OGOS 2013
HARI  :  JUMAAT
TEMPAT  :  DEWAN SEKOLAH

Program dimulakan dengan ucapan oleh Penyelaras Program, Pn. Heizon bt. Hussain (selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan).  Antara intipati ucapan beliau ialah mengajak para pelajar menghayati erti sebenar kemerdekaan. Beliau turut menyeru agar para pelajar memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.  Seterusnya, Tuan Pengetua, En. Izemar b. Jamaludin menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pelancaran ini.  Semua pelajar diminta agar menghayati dan memahami erti kemerdekaan dan bersyukur hidup di bumi Malaysia yang penuh dengan kemajuan ini.  Majlis tamat kira-kira jam 9.00 pagi dengan nyanyian beramai-ramai lagu Tanggal 31.

PECUTAN PMR dan SPM 2013

TARIKH  :  23 - 24 OGOS 2013
TEMPAT  :  DEWAN KULIAH Q DAN R, USM
SASARAN  :  CALON PMR DAN SPM 2013

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab kertas-kertas soalan.  Beberapa penceramah jemputan dari luar dan juga dari kalangan guru-guru St. George telah pun memberi panduan dan tips yang berguna kepada pelajar.  Kehadiran YB Datuk Shah Headan b. Ayoob Hussain Shah ke program ini turut menaikkan lagi semangat dan motivasi pelajar.  Diharap semua pelajar mendapat manfaat daripada program yang dijalankan ini.

Tuesday, July 30, 2013

TADARUS AL-QURAN

Aktiviti  :  Tadarus al-Quran
Masa  :  Waktu rehat sepanjang bulan Ramadan
Tempat  :  Dewan Sekolah

Aktiviti bertadarus bagi pelajar dijalankan bermula pada 1 Ramadan lagi.  Pelajar diagihkan dalam kumpulan dan akan dibimbing oleh guru tingkatan dan guru pembantu. Setiap kumpulan / kelas diberikan agihan juzuk yang perlu dibaca.  Pelajar lelaki ditempat di dewan manakala pelajar perempuan berada di surau.  Majlis ini dijalankan pada hari Isnin hingga Rabu, manakala pada hari Khamis dan Jumaat, kuliah / tazkirah berkaitan Ramadan akan dipasangkan untuk tontonan pelajar.  Diharap, program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini berjalan lancar dan semua pelajar mendapat manfaatnya.

Kumpulan Tadarus Lelaki
Kumpulan Tadarus Perempuan