Saturday, February 25, 2012

Aktiviti Bulan Februari 2012

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2012/13
Mesyuarat Agung PIBG bagi SMK St. George (M) akan diadakan pada 25.2.2012 jam 8.30 pagi. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa, waris pelajar dan guru dijemput hadir. Hadiah cabutan bertuah menanti anda!

Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2011/2012

Antara ibu bapa yang hadir

Barisan AJK PIBG sesi 2012/2013 yang baru dilantik

Pemenang hadiah cabutan bertuah


Ujian Kemajuan 1/2012
Ujian Kemajuan akan diadakan dari 20.2.2012 - 22.2.2012.  Para pelajar diharapkan bersiap sedia untuk menghadapi ujian tersebut.  Good luck!


Pelancaran Program "3H"




Program ini berlangsung pada 13.2.2012 (Isnin) di dewan sekolah yang telah dirasmikan oleh En. Ibrahim b. Kasa, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Barat Daya.  Program ini merupakan lanjutan daripada program "3S".  "3H" - Hormat, Hemah Tinggi dan Harga Diri. Program akan berlangsung sepanjang tahun.





Di meja tetamu

Gimik Perasmian
Nyanyian beramai-ramai : Lagu Senyum dan Budi Bahasa Budaya Kita
 



Pelancaran Program Pendidikan Alam Sekitar :  Dimensi Baharu Transformasi Georgian
Program ini berlangsung pada 11.2.2012 di dewan sekolah.  Tema :  "Pengguna Bijak : Dimensi Baharu Transformasi".  Anjuran Kelab Pengguna dan Alam Sekitar & Kelab Buletin, Laman Web dan Reka Cipta SMK St. George (M).  Aktiviti akan dijalankan sepanjang tahun.

Pn. Nor Hafzan : Penyelaras Program
Guru-guru St. George
Peserta yang membawa kejayaan kepada St. George
Anak-anak Georgian
AJK Pelaksana Program


Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan
Mesyuarat agung tersebut diadakan pada 20.1.2012 (Jumaat).  Pelajar diagihkan mengikut pilihan masing-masing namun pengagihan semula dilakukan oleh PK Kokurikulum bagi memastikan bilangan ahli dalam setiap permainan adalah seimbang.


Latihan Sukan dan Permainan
Latihan sukan dan permainan yang pertama diadakan pada 1.2.12 (Kumpulan A) dan 2.2.12 (Kumpulan B).  Kehadiran pelajar adalah memuaskan bagi setiap pasukan.


Cuti Umum Sempena Maulidul Rasul (5.2.2012)

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:

"Sesiapa yang bersalawat sekali ke atasku, nescaya Allah akan bersalawat 10 kali ke atasnya..."













SMK St. George telah menghantar penyertaan dalam Perarakan Maulidul Rasul Peringkat Daerah Balik Pulau pada 5.2.2012.  Para peserta terdiri daripada ahli pengakap seramai 30 orang.  Mereka telah mendapat tempat ketiga bagi kategori sekolah menengah dan IPTA.  Tahniah diucapkan.

Peserta yang mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidul Rasul
Sempena sambutan Maulidul Rasul ini juga pihak sekolah (Panitia Pendidikan Islam) telah menjemput Ustaz Muhammad Aswad dari SMA Kupang, Baling, Kedah untuk memberi ceramah pada 10.02.2012.  Pengisian ceramah amat bermakna dalam usaha untuk mengajak kita semua mengenali Rasullullah s.a.w dengan lebih dekat lagi.

Ustaz Aswad memberi ceramah
Sebahagian pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah


Cuti Umum Sempena Perayaan Thaipusam (7.2.2012)
Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di St. George. Selamat Bercuti!

Sunday, February 19, 2012

Aktiviti Bulan Januari 2012

Hari Pertama Persekolahan 2012
4 Januari 2012 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun ini.  Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan selamat kembali kepada semua warga St. George.  Semoga tahun ini menitipkan satu azam baru dalam diri masing-masing...

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Minggu orientasi ini telah dijalankan bermula pada 5, 6, 9, 10, 11 dan 12 Januari 2012.  Tujuannya ialah bagi memberi informasi tentang sekolah kepada pelajar Tingkatan 1 dan memberi penerangan tentang pemilihan pakej mata pelajaran bagi pelajar Tingkatan 4.

Sebahagian pelajar sedang mendengar taklimat daripada guru.

Latihan Rumah Sukan
Latihan rumah sukan yang pertama bagi tahun ini telah diadakan pada 18.1.12 (pelajar perempuan) dan 19.1.12 (pelajar lelaki).  Kehadiran pelajar agak memuaskan.

Pelajar sedang melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan sukan dimulakan.

Selamat Tahun Baru Cina 
"Gong Xi Fa Chai" kepada semua guru dan pelajar yang berbangsa Cina.  Sekolah turut bercuti dari 21 hingga 29 Januari 2012.  Selamat Bercuti!