Sunday, February 19, 2012

Aktiviti Bulan Januari 2012

Hari Pertama Persekolahan 2012
4 Januari 2012 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun ini.  Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan selamat kembali kepada semua warga St. George.  Semoga tahun ini menitipkan satu azam baru dalam diri masing-masing...

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Minggu orientasi ini telah dijalankan bermula pada 5, 6, 9, 10, 11 dan 12 Januari 2012.  Tujuannya ialah bagi memberi informasi tentang sekolah kepada pelajar Tingkatan 1 dan memberi penerangan tentang pemilihan pakej mata pelajaran bagi pelajar Tingkatan 4.

Sebahagian pelajar sedang mendengar taklimat daripada guru.

Latihan Rumah Sukan
Latihan rumah sukan yang pertama bagi tahun ini telah diadakan pada 18.1.12 (pelajar perempuan) dan 19.1.12 (pelajar lelaki).  Kehadiran pelajar agak memuaskan.

Pelajar sedang melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan sukan dimulakan.

Selamat Tahun Baru Cina 
"Gong Xi Fa Chai" kepada semua guru dan pelajar yang berbangsa Cina.  Sekolah turut bercuti dari 21 hingga 29 Januari 2012.  Selamat Bercuti!

No comments: