Tuesday, September 10, 2013

MALAM MESRA ALUMNI GEORGIANS


Buat kali yang ke-4, PIBG SMK St. George(M) akan mengadakan jamuan makan malam atau lebih dikenali dengan nama MALAM MESRA ALUMNI GEORGIANS.  Maklumat berkenaan majlis tersebut adalah seperti yang tertera di atas.  Semua alumni Georgians, yang baru mahupun lama dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Monday, September 2, 2013

KEM 1 MURID 1 SUKAN

TARIKH  :  3 SEPTEMBER 2013
HARI  :  SELASA
TEMPAT  :  DEWAN SEKOLAH


Program ini adalah kerjasama antara SMK St. George dengan SK St. George Balik Pulau.  Kem yang akan berlangsung ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek Teknik Asas Permainan, Pemakanan dan Kecederaan dalam Sukan.  Taklimat akan diberikan oleh guru-guru dari kedua-dua sekolah. 

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2013

TARIKH :  23  OGOS 2013
HARI  :  JUMAAT
TEMPAT  :  DEWAN SEKOLAH

Program dimulakan dengan ucapan oleh Penyelaras Program, Pn. Heizon bt. Hussain (selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan).  Antara intipati ucapan beliau ialah mengajak para pelajar menghayati erti sebenar kemerdekaan. Beliau turut menyeru agar para pelajar memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.  Seterusnya, Tuan Pengetua, En. Izemar b. Jamaludin menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pelancaran ini.  Semua pelajar diminta agar menghayati dan memahami erti kemerdekaan dan bersyukur hidup di bumi Malaysia yang penuh dengan kemajuan ini.  Majlis tamat kira-kira jam 9.00 pagi dengan nyanyian beramai-ramai lagu Tanggal 31.

PECUTAN PMR dan SPM 2013

TARIKH  :  23 - 24 OGOS 2013
TEMPAT  :  DEWAN KULIAH Q DAN R, USM
SASARAN  :  CALON PMR DAN SPM 2013

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab kertas-kertas soalan.  Beberapa penceramah jemputan dari luar dan juga dari kalangan guru-guru St. George telah pun memberi panduan dan tips yang berguna kepada pelajar.  Kehadiran YB Datuk Shah Headan b. Ayoob Hussain Shah ke program ini turut menaikkan lagi semangat dan motivasi pelajar.  Diharap semua pelajar mendapat manfaat daripada program yang dijalankan ini.

Tuesday, July 30, 2013

TADARUS AL-QURAN

Aktiviti  :  Tadarus al-Quran
Masa  :  Waktu rehat sepanjang bulan Ramadan
Tempat  :  Dewan Sekolah

Aktiviti bertadarus bagi pelajar dijalankan bermula pada 1 Ramadan lagi.  Pelajar diagihkan dalam kumpulan dan akan dibimbing oleh guru tingkatan dan guru pembantu. Setiap kumpulan / kelas diberikan agihan juzuk yang perlu dibaca.  Pelajar lelaki ditempat di dewan manakala pelajar perempuan berada di surau.  Majlis ini dijalankan pada hari Isnin hingga Rabu, manakala pada hari Khamis dan Jumaat, kuliah / tazkirah berkaitan Ramadan akan dipasangkan untuk tontonan pelajar.  Diharap, program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini berjalan lancar dan semua pelajar mendapat manfaatnya.

Kumpulan Tadarus Lelaki
Kumpulan Tadarus Perempuan

Tuesday, July 9, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS

AKTIVITI  :  LAWATAN PENANDA ARAS
TARIKH  :  7 JULAI 2013 (AHAD)
TEMPAT  :  SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM, JITRA, KEDAH

Rombongan dari SMK St. George (M) Balik Pulau tiba kira-kira pukul 10.45 pagi.  Disambut dengan penuh hormat oleh barisan pentadbir SM Sultan Abdul Halim dan juga guru-guru kanan. Lawatan ke SM Sultan Abdul Halim yang berobjektifkan perkongsian pendapat berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran terkini di sekolah lain.  Selain itu, diharapkan lawatan sebegini dapat meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru-guru dalam pengurusan panitia mata pelajaran.  Lawatan ini juga turut memberi pendedahan dan meningkatkan sensitiviti guru-guru terhadap keperluan pendokumentasian dan sistem fail di sekolah.

Sesi lawatan bermula dengan taklimat dari Pen. Kanan Pentadbiran, En. Mansor b. Abdul tentang sejarah sekolah, sistem pentadbiran dan juga program-program sekolah.
Taklimat dari En. Mansor b. Abdul
Sebahagian daripada guru SMK St. George yang hadir
 Seterusnya, Bengkel Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Inggeris (Pn. Rabitah bt. Abdul Wahab - Guru Cemerlang Bahasa Inggeris), Kemahiran Hidup dan juga Pengurusan Fail (Pn. Fauziah bt. Mohamed Said - Guru Cemerlang Kemahiran Hidup) telah diberikan.
Bengkel Pedagogi oleh Pn. Rabitah bt. Abdul Wahab
Agenda berikutnya ialah ucapan dari  Pengetua SM Sultan Abdul Halim, Tn. Hj. Abu Seman b. Sareh Md. Isa.  Antara lain mengalu-alukan kehadiran warga GEORGIANS ke JENAN dan menceritakan serba sedikit tentang sekolah.
 
Ucapan Pengetua SM Sultan Sultan Abdul Halim (Tn. Hj. Abu Seman b. Sareh Md. Isa)



Penyampaian cenderahati kepada sekolah
Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pengetua SMK St. George yang mengucapkan terima kasih atas kesudian sekolah menerima kunjungan lawatan ini.  Juga mengharapkan agar akan ada lagi lanjutan daripada lawatan kali ini.
Ucapan Pengetua SMK St. George



Friday, June 28, 2013

Bulan Kecergasan Peringkat Daerah Barat Daya (Larian Ria)

AKTIVITI  :  BULAN KECERGASAN PERINGKAT BARAT DAYA (LARIAN RIA)
TARIKH    :  28 JUN 2013 (JUMAAT)
PERASMI  PENUTUP  :  TN. HJ. IZMI B. ISMAIL
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA)

Aktiviti ini adalah anjuran pihak Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya.  Program ini juga dikenali dengan nama Larian Ria 10 000 Langkah.  Program ini turut disertai oleh sekolah-sekolah sekitar Barat Daya iaitu SMK Scared Heart, SMK Teluk Kumbar 2, SMK Bayan Lepas dan SK St. George.  Peserta diminta berjalan melalui laluan yang telah ditetapkan iaitu melalui kawasan Titi Serong.  Selain Larian Ria, beberapa acara lain turut dipertandingan iaitu Perlawanan Futsal, Perlawanan Bola Jaring dan Pertandingan Memasak.

Upacara Perasmian Penutup oleh Tn. Hj. Izmi b. Ismail (Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya)

Sebahagian peserta Larian Ria 2013
Pelepasan peserta oleh Pegawai PPD : En. Che Mazlan
Peserta memulakan larian
Guru-guru SMK St. George yang bersemangat mengambil bahagian
Pertandingan Memasak
Pertandingan Bola Jaring 
Secara keseluruhannya, aktiviti ini berlangsung dengan jayanya.  Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amatlah dihargai bagi menjamin kelancaran program.  Terima kasih sekalung budi diucapkan.



Kata adat pembuka bicara …
Kata santun mengindah bahasa …
Kerjasama dan sokongan yang amat bermakna ...
 Majlis berlangsung dengan jayanya …

 

Hari Kokurikulum dan Koperasi 2013


AKTIVITI  :  HARI KOKURIKULUM DAN KOPERASI 2013
TARIKH    :  27 JUN 2013 (KHAMIS)
PERASMI  :  YB DATUK SHAH HEADAN B. AYOOB HUSSAIN SHAH
                     (ADUN TELUK BAHANG)

Sambutan Hari Kokurikulum dan Koperasi SMK St. George (M) Balik Pulau disambut serentak pada tahun ini.  Program dimulakan dengan majlis perasmian oleh YB Datuk Shah Headan b. Ayoob Hussain Shah.  YB Datuk Shah Headan kemudiannya merasmikan Koperasi SMK St. George Bhd. diikuti acara menanam pokok bunga di hadapan koperasi sebagai simbolik perasmian.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjanga hari tersebut antaranya ialah  :

1.  Gerai Jualan -  Kelab dan Persatuan

2.  Pertandingan Mendirikan Khemah - Unit Beruniform

3.   Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform
 4.  Pertandingan Membuat Teh Tarik
5.  Indoor Game
6.  Pertandingan Dekorasi Kek/Puding
7.  Permainan Pecah Periuk

Selain Hari Kokurikulum dan Koperasi, pihak Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM turut mengambil bahagian mengendalikan Bengkel Reka Bentuk.  Bengkel ini berjalan selama dua hari iaitu pada 27 - 28 Jun 2013.  Seramai 50 orang pelajar yang terpilih mengikuti program ini.  Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah juga turut menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Hari Kokurikulum dan Koperasi.


Para peserta sedang menjalankan aktiviti

Hasil kerja peserta bengkel


Tuesday, June 11, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan 2013



Kejohanan Olahraga Tahunan 2013 bagi SMK St. George (M) akan diadakan pada tetapan berikut.  Semua warga Georgian dan waris dijemput hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.  Kepada para peserta, selamat berjuang untuk rumah sukan masing-masing.  Bagi yang telah memenangi acara semasa Pra Sukan 1 dan 2, tahniah diucapkan.  Kepada pelajar yang tidak menyertai acara olahraga, bolehlah menyertai perbarisan dan bersama-sama menghiasi khemah bagi rumah sukan masing-masing.  "Majulah Sukan Untuk Negara"
Peserta perbarisan Rumah Kuning yang bertemakan Spongebob
Ahli Pengakap sebagai pembawa bendera kejohanan

Raptai Kejohanan Olahraga Tahunan 2013

Raptai Kejohanan akan diadakan pada hari Rabu (12 Jun 2013) dan Khamis (13 Jun 2013) bermula pada jam 8.00 pagi.