Wednesday, July 21, 2010

Program Perjumpaan Waris 2010 - 16 Julai 2010

Program Perjumpaan Waris dan Semaian Kasih
Sek Men Keb St George Balik Pulau
16 Julai 2010

Tujuan & Rasional Program:
Memupuk jalinan baik antara ibu bapa dan waris pelajar dengan guru-guru di samping dapat meluangkan masa mengetahui perkembangan anak jagaan di sekolah tidak kira dari segi akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
(Sila klik pada gambar untuk paparan gambar yang lebih besar)

1. Ucapan aluan Tuan Pengetua, En. Izemar bin Jamaludin
2. Barisan urusetia
3. Urusetia Pendaftaran Waris menengah rendah
4. Urusetia Pendaftaran Waris menengah atas
5. Tetamu kehormat dan penceramah
6. Ucapan perasmian oleh YDP PIBG sekolah, En Mohd. Pazli
7. Penyampaian cenderahati kepada penceramah
8. Penyampaian cenderahati kepada Perasmi
9. Bacaan doa oleh Ustaz Pakhrudin

Ceramah Keibubapaan kepada para ibu bapa serta waris yang hadir dan jamuan ringan.

Guru Gemilang..Anak-anak cemerlang..Negara terbilang
Salam 1 Malaysia

Disediakan oleh:
Pn. Ruzaimah Rahim
Blog Moderator

Tuesday, July 20, 2010

Latihan Kebakaran - Fire Drill (15 July 2010)

Pada 15 Julai 2010, Persatuan Bulan Sabit Merah SMK St George BP telah mengadakan satu latihan kebakaran (fire drill) yang diuruskan oleh Puan Rashidah Aziz. Latihan kebakaran ini melibatkan semua warga sekolah termasuk pekerja-pekerja swasta yang terlibat dengan sekolah.

Latihan kebakaran ini jugak dijalankan secara bersama dengan gabungan warga sekolah rendah SRK St George. Berikut merupakan beberapa paparan yang berlaku pada hari latihan tersebut. (Sila klik pada gambar untuk paparan gambar yang lebih besar)

Semua warga St George berkumpul di padang sekolah selepas bunyi loceng kecemasan dibunyikan.

Jentera bomba dari Balai Bomba Air Putih Balik Pulau tiba di sekolah dalam masa 4 minit setelah dihubungi oleh kerani sekolah.

Kerja-kerja memadamkan api oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Taklimat kebakaran oleh Ketua Balai Bomba Air Putih Balik Pulau kepada seluruh warge sekolah menengah dan rendah yang terlibat dengan aktiviti latihan kebakaran pada hari tersebut.

Posted by:-
Pn Ruzaimah binti Rahim
Blog Moderator