Tuesday, July 20, 2010

Latihan Kebakaran - Fire Drill (15 July 2010)

Pada 15 Julai 2010, Persatuan Bulan Sabit Merah SMK St George BP telah mengadakan satu latihan kebakaran (fire drill) yang diuruskan oleh Puan Rashidah Aziz. Latihan kebakaran ini melibatkan semua warga sekolah termasuk pekerja-pekerja swasta yang terlibat dengan sekolah.

Latihan kebakaran ini jugak dijalankan secara bersama dengan gabungan warga sekolah rendah SRK St George. Berikut merupakan beberapa paparan yang berlaku pada hari latihan tersebut. (Sila klik pada gambar untuk paparan gambar yang lebih besar)

Semua warga St George berkumpul di padang sekolah selepas bunyi loceng kecemasan dibunyikan.

Jentera bomba dari Balai Bomba Air Putih Balik Pulau tiba di sekolah dalam masa 4 minit setelah dihubungi oleh kerani sekolah.

Kerja-kerja memadamkan api oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Taklimat kebakaran oleh Ketua Balai Bomba Air Putih Balik Pulau kepada seluruh warge sekolah menengah dan rendah yang terlibat dengan aktiviti latihan kebakaran pada hari tersebut.

Posted by:-
Pn Ruzaimah binti Rahim
Blog Moderator

No comments: