Monday, October 25, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010 - 24 Julai 2010

Pada 24 Julai 2010, satu majlis gilang-gemilang bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar SMK St George yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum telah dianjurkan.

Hari Anugerah Cemerlang 2010 SMK St George Balik Pulau telah diadakan pada 24 Julai 2010 bagi mengiktiraf kejayaan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan penganugerahan hadiah serta sijil.


Majlis dimulakan dengan doa sebagai pembuka acara, ucapan aluan para VVIP serta majlis perasmian oleh Encik Aziaan bin Ariffin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Balik Pulau.

Di samping acara utama iaitu penyampaian hadiah dah sijil kepada para pelajar, para hadirin yang terdiri daripada ibu-bapa, tetamu-tetamu kehormat dan para pelajar dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang menarik dan memukau jiwa.

Di akhir majlis, sebagai penutup diadakan sessi bergambar bersama Encik Aziaan, Tuan Pengetua dan juga YDP PIBG iaitu Encik Mohd Pazli bin Ismail sebagai tanda kenangan terutama pelajar-pelajar Tingkatan lima yang bakal meninggalkan sekolah pada akhir tahun.


Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan jayanya atas kerjasama seluruh warga Georgian. Diharap, program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dengan para ibu bapa, ia juga diharap dapat meningkatkan galakan pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa akan datang serta lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti persembahan.

Friday, August 27, 2010

Pameran hari Kemerdekaan - 26 Ogos 2010

Panitia Sejarah SMK St George Balik Pulau yang diketuai oleh Pn Hafzan hari ini telah melancarkan satu pameran bersempena Hari Kemerdekaan Yang ke-53. Pelbagai wadah santapan jiwa sempena memperingati dan menghayati erti sebenar kemerdekaan telah dianjurkan pada hari ini.

Pameran bermula pada pukul 8 pagi bertempat di dewan SMK St. George Balik Pulau dan berakhir menjelang tamat waktu persekolahan. Pelajar-pelajar berpusu-pusu memberi sokongan meramaikan suasana di samping menyertai kuiz-kuiz yang diadakan.

 Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Antara aktiviti yang mengambil tempat dalam adalah seperti sudut pameran buku berunsur sejarah di mana pelajar boleh membaca, peta negara Malaysia beserta bendera bagi setiap negeri, gambar-gambar tokoh kemerdekaan, kuiz, ceramah, cabutan bagi pengunjung bertuah serta tidak ketinggalan kad nurkilan pelajar-pelajar SMK St George dan hasil ciptaan dan rekaan pelajar menggunakan bahan terbuang atau kitar semula.



Dan antara yang lebih menarik di ruang pameran adalah gubahan kolem yang berukuran 2x2 meter telah disempurnakan oleh pelajar-pelajar tingkatan tiga dengan begitu menarik sekali.


Program ini telah menunjukkan betapa tingginya semangat patriotik warga St George dan kerjasama antara guru dan pelajar yang amat baik sekali dalam menjayakan program kemerdekaan ini.

Tahniah warga Panitia Sejarah serta pelajar-pelajar yang terlibat.. :-)

Wednesday, July 21, 2010

Program Perjumpaan Waris 2010 - 16 Julai 2010

Program Perjumpaan Waris dan Semaian Kasih
Sek Men Keb St George Balik Pulau
16 Julai 2010

Tujuan & Rasional Program:
Memupuk jalinan baik antara ibu bapa dan waris pelajar dengan guru-guru di samping dapat meluangkan masa mengetahui perkembangan anak jagaan di sekolah tidak kira dari segi akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
(Sila klik pada gambar untuk paparan gambar yang lebih besar)

1. Ucapan aluan Tuan Pengetua, En. Izemar bin Jamaludin
2. Barisan urusetia
3. Urusetia Pendaftaran Waris menengah rendah
4. Urusetia Pendaftaran Waris menengah atas
5. Tetamu kehormat dan penceramah
6. Ucapan perasmian oleh YDP PIBG sekolah, En Mohd. Pazli
7. Penyampaian cenderahati kepada penceramah
8. Penyampaian cenderahati kepada Perasmi
9. Bacaan doa oleh Ustaz Pakhrudin

Ceramah Keibubapaan kepada para ibu bapa serta waris yang hadir dan jamuan ringan.

Guru Gemilang..Anak-anak cemerlang..Negara terbilang
Salam 1 Malaysia

Disediakan oleh:
Pn. Ruzaimah Rahim
Blog Moderator

Tuesday, July 20, 2010

Latihan Kebakaran - Fire Drill (15 July 2010)

Pada 15 Julai 2010, Persatuan Bulan Sabit Merah SMK St George BP telah mengadakan satu latihan kebakaran (fire drill) yang diuruskan oleh Puan Rashidah Aziz. Latihan kebakaran ini melibatkan semua warga sekolah termasuk pekerja-pekerja swasta yang terlibat dengan sekolah.

Latihan kebakaran ini jugak dijalankan secara bersama dengan gabungan warga sekolah rendah SRK St George. Berikut merupakan beberapa paparan yang berlaku pada hari latihan tersebut. (Sila klik pada gambar untuk paparan gambar yang lebih besar)

Semua warga St George berkumpul di padang sekolah selepas bunyi loceng kecemasan dibunyikan.

Jentera bomba dari Balai Bomba Air Putih Balik Pulau tiba di sekolah dalam masa 4 minit setelah dihubungi oleh kerani sekolah.

Kerja-kerja memadamkan api oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Taklimat kebakaran oleh Ketua Balai Bomba Air Putih Balik Pulau kepada seluruh warge sekolah menengah dan rendah yang terlibat dengan aktiviti latihan kebakaran pada hari tersebut.

Posted by:-
Pn Ruzaimah binti Rahim
Blog Moderator

Saturday, April 10, 2010

Latihan sukan
















Antara gambar-gambar latihan sukan yang telah dijalankan...

Pelajar-pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan telah berusaha dengan sepenuhnya untuk mendapatkan mata bagi rumah sukan masing-masing..

Hari Sukan (27.3.2010)















Sukan tahunan SMK St.George Balik Pulau telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 27 Mac 2010.Rumah Merah telah menjadi johan bagi keseluruhan dan diikuti oleh rumah biru sebagai naib johan,rumah hijau di tempat yang ketiga dan seterusnya rumah kuning.


Pelbagai pertandingan yang menarik telah dipertandingkan dalam kalangan rumah sukan masing-masing.
Antaranya ialah:
1.Pertandingan Perhiasan dan Keceriaan Khemah
(Johan:rumah biru ,Naib johan:rumah kuning,Ketiga:rumah hijau)

2.Pertandingan kawad kaki antara pasukan unit beruniform

(Johan:Persatuan Bulan Sabit Merah,Naib Johan:Kadet Remaja Sekolah)

Gotong royong Perdana


















































LAPORAN GOTONG-ROYONG SEKOLAH (20.2.2010)
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George Balik Pulau telah mengadakan Gotong-Royong Perdana pada hari sabtu,20 Februari 2010. Aktiviti ini berlangsung dengan penuh kerjasama semua pelajar sekolah ini. Mereka berkerjasama antara satu sama lain seperti peribahasa melayu “seperti aur dengan tebing”.

Sebelum bermulanya gotong-royong tersebut. Semua pelajar telah berhimpun di gelanggang sepak takraw untuk pembahagian tugas. Beberapa tugasan telah diberikan kepada pelajar iaitu membersih kelas,bengkel,bilk guru dan sebagainya.

Mereka begitu gembire melakukan tugas yang diberikan tanpa merungut menenai tugas mereka kerana mereka akan dapat markah merit sebanyak 20 markah seorang.

Selepas gotong-royong ini berakhir, kelihatan semua pelajar keletihan, namun usaha mereka berbaloi kerana hasil kerjamereka membanggakan. Sehubungan dengan itu, mereka berharap agar program ini dapat diadakan sebagai aktiviti tahunan sekolah.

Disediakan oleh,
THINESWARAN,DINESWARAN,SHARTISH 20 FEBRUARI 2010
WARTAWAN KELAB BULETIN DAN MULTIMEDIA

Minggu Kesedaran Anti dadah dan Merokok 2010

Sekolah Menegah Kebangsaan Saint George Balik Pulau telah menjadikan perasmian penutup minggu kesedaran Anti Dadah, merokok dan HIV. Majlis tersebut bermula pada 9 pagi 5mac 2010.Pengarah Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya.

Majlis itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang.Selepas itu ustaz membacakan doa untuk memberkati majlis tersebut ,sekumpulan pelajar telah menyembahkan sebuah lagu nasyid.

Acara penyampaian hadiah untuk pertandingan melukis poster dan kuiz anti dadah diadakan. Pengetua sekolah iaitu Encik Izemar telah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pegawai Daerah Barat Daya iaitu Encik Mohd. Zabidi Bin Abdul Rahman, dan juga pegawai-pegawai lain yang memberi sumbangan untuk menjayakan minggu kesedaran anti dadah ,rokok,dan HIV.Akhirnya ,Encik Zabidi membarikan ucapan kepada para pelajar ,beliau menerangakan impak negatif merokok dan ketagihan yang akan dihadapi pelajar untuk berhenti merokok.

Thursday, March 18, 2010

Program Pesona Alam 2010

Program Pesona Alam telah dijalankan untuk memupuk semangat cintakan flora dan alam sekitar dalam kalangan para guru dan pelajar sekolah.
Program ini telah dijayakan dengan semangat serta usaha semua kakitangan sekolah dalam menyumbangkan wang ringgit serta pokok bunga kepada sekolah.
Matlamat sekolah SMK ST.GEORGE untuk mewujudkan suasana 'Sekolah dalam taman' telah direalisasikan.

Thursday, February 11, 2010

SEJARAH SEKOLAH & MAKLUMAT TERKINI

SEJARAH SEKOLAH


Dibuka pada atau sebelum 1919...sek ini pada mulanya dinamakan ST. ANTHONY'S SCHOOL, BALIK PULAU yg diasaskan oleh Rev. Fr. L. Auriol....Pd thn 1920 sek ini diberi nama BALIK PULAU ENGLISH SCHOOL... Pd thn 1925, Rev. Fr. L. Auriol diganti oleh Rev. Fr. George Arguin sbg pengurus sekolah... sejak itulah sekolah ini diberi nama ST. GEORGE'S SCHOOL BALIK PULAU...Pd thn 1976 sek ini dberi nama baru lagi, iaitu, SMK ST. GEORGE, BALIK PULAU....

MAKLUMAT TERKINI

Sesi 2010:
Kini,sekolah ini telah mengalami pelbagai perubahan dari segi dalaman dan juga luaran.

Pengetua:En.Izemar b.Jamalludin
Pen.Kanan Pentadbiran:Pn.Habsah bt.Mat Lasa
Pen.Kanan Hem:Cik Faridah bt.Hussin
Pen.Kanan Ko-Ku:Pn.Alina bt.Rashid

Sekolah ini mempunyai guru seramai 43 orang dan pelajar seramai 483 orang...
Walaupun bilangannya kecil,kami tetap berpegang teguh kepada prinsip 'bersatu teguh bercerai roboh'.Setiap aktiviti yang dijalankan telah berjaya hasil usaha semua kakitangan sekolah termasuk pelajar..