Pada 24 Julai 2010, satu majlis gilang-gemilang bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar SMK St George yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum telah dianjurkan.
Hari Anugerah Cemerlang 2010 SMK St George Balik Pulau telah diadakan pada 24 Julai 2010 bagi mengiktiraf kejayaan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan penganugerahan hadiah serta sijil.
Majlis dimulakan dengan doa sebagai pembuka acara, ucapan aluan para VVIP serta majlis perasmian oleh Encik Aziaan bin Ariffin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Balik Pulau.
Di samping acara utama iaitu penyampaian hadiah dah sijil kepada para pelajar, para hadirin yang terdiri daripada ibu-bapa, tetamu-tetamu kehormat dan para pelajar dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang menarik dan memukau jiwa.
Di akhir majlis, sebagai penutup diadakan sessi bergambar bersama Encik Aziaan, Tuan Pengetua dan juga YDP PIBG iaitu Encik Mohd Pazli bin Ismail sebagai tanda kenangan terutama pelajar-pelajar Tingkatan lima yang bakal meninggalkan sekolah pada akhir tahun.
Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan jayanya atas kerjasama seluruh warga Georgian. Diharap, program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dengan para ibu bapa, ia juga diharap dapat meningkatkan galakan pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa akan datang serta lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti persembahan.
No comments:
Post a Comment