Saturday, April 10, 2010

Minggu Kesedaran Anti dadah dan Merokok 2010

Sekolah Menegah Kebangsaan Saint George Balik Pulau telah menjadikan perasmian penutup minggu kesedaran Anti Dadah, merokok dan HIV. Majlis tersebut bermula pada 9 pagi 5mac 2010.Pengarah Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya.

Majlis itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang.Selepas itu ustaz membacakan doa untuk memberkati majlis tersebut ,sekumpulan pelajar telah menyembahkan sebuah lagu nasyid.

Acara penyampaian hadiah untuk pertandingan melukis poster dan kuiz anti dadah diadakan. Pengetua sekolah iaitu Encik Izemar telah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pegawai Daerah Barat Daya iaitu Encik Mohd. Zabidi Bin Abdul Rahman, dan juga pegawai-pegawai lain yang memberi sumbangan untuk menjayakan minggu kesedaran anti dadah ,rokok,dan HIV.Akhirnya ,Encik Zabidi membarikan ucapan kepada para pelajar ,beliau menerangakan impak negatif merokok dan ketagihan yang akan dihadapi pelajar untuk berhenti merokok.

No comments: