Saturday, April 10, 2010

Gotong royong Perdana


















































LAPORAN GOTONG-ROYONG SEKOLAH (20.2.2010)
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George Balik Pulau telah mengadakan Gotong-Royong Perdana pada hari sabtu,20 Februari 2010. Aktiviti ini berlangsung dengan penuh kerjasama semua pelajar sekolah ini. Mereka berkerjasama antara satu sama lain seperti peribahasa melayu “seperti aur dengan tebing”.

Sebelum bermulanya gotong-royong tersebut. Semua pelajar telah berhimpun di gelanggang sepak takraw untuk pembahagian tugas. Beberapa tugasan telah diberikan kepada pelajar iaitu membersih kelas,bengkel,bilk guru dan sebagainya.

Mereka begitu gembire melakukan tugas yang diberikan tanpa merungut menenai tugas mereka kerana mereka akan dapat markah merit sebanyak 20 markah seorang.

Selepas gotong-royong ini berakhir, kelihatan semua pelajar keletihan, namun usaha mereka berbaloi kerana hasil kerjamereka membanggakan. Sehubungan dengan itu, mereka berharap agar program ini dapat diadakan sebagai aktiviti tahunan sekolah.

Disediakan oleh,
THINESWARAN,DINESWARAN,SHARTISH 20 FEBRUARI 2010
WARTAWAN KELAB BULETIN DAN MULTIMEDIA

No comments: