Perkhemahan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia Peringkat Kontinjen Pulau Pinang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Bukit Mertajam bermula pada 24 April 2011 dan berakhir pada 27 April 2011 bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Kor Kadet Polis Diraja Malaysia ke-41. Perkhemahan ini dianjurkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Seramai 8 orang pelajar SMK St. George telah terpilih untuk menyertai Kompeni Barat Daya di perkhemahan tersebut dengan diiringi oleh seorang guru pengiring, Pn. Ruzaimah sebagai Ketua Komandan Kompeni Barat Daya.
Day 1 : Pendaftaran peserta kem dan pendaftaran sebagai
RAKANCOP melalui telefon bimbit masing-masing
Georgian Girl dalam Latihan kawat dan platun komander.
Tidak ketinggalan juga malam kebudayaan di mana setiap kompeni (daerah) mempertaruhkan bakat masing-masing dalam persembahan kebudayaan.
Persembahan : Pertunjukan formasi penggunaan T-Batton oleh anggota-anggota Polis Diraja Malaysia dan dikelilingi oleh peserta-peserta perkhemahan.
Praktikal : Mencuba untuk mempraktikan bagaimana menggunakan T-Batton,
dan teknik mempertahankan diri menggunakan T-Batton.
Fokus : Taklimat tentang cara-cara menggunakan kompas prismatik oleh pegawai dari PDRM dan anggota-anggota kadet yang begitu fokus dengan aktiviti yang dijalankan.
Kesungguhan : Platun Barat Daya dalam pertandingan kawat berpasukan dan mengungguli tempat ke-3. Apa yang dikagumi adalah, anggota-anggota kadet yang datang dengan pengetahun berkawat yang sangat sedikit, namun berkat kesungguhan dalam diri, kejayaan tetap menjadi milik mereka.
Bakat terpendam : anggota kadet yang terdiri daripada pelajar-pelajar St George dengan persembahan mereka yang bertemakan "Riang Ria 80-an"
Bergambar kenangan : bersama-sama dengan semua anggota Kompeni Barat Daya sepanjang program perkhemahan.
Kompeni Barat Daya di dewan makan. Ketua platun akan mengagihkan makanan untuk setiap anggotanya dan dimulakan dengan doa sebelum makan bersama-sama.
Secara keseluruhannya, penyertaan pelajar-pelajar dalam program seumpama ini benar-benar dapat membentuk jatidiri dan sahsiah diri individu dalam menyedari tanggungjawab diri sebagai seorang pelajar di samping memantapkan lagi disiplin dalam usaha menjadi individu yang cemerlang.
Kompeni Barat daya secara keseluruhannya telah mengguli tempat kedua pada kedudukan markah seri dengan Kompeni Timur Laut. Namun begitu, kesungguhan anggota kadet dalam meraih kemenangan dalam acara individu juga tidak diabaikan. Anggota kadet dari SMK St George telah memenangi tempat ketiga (Ruwaidah binti Mohd Soffi - 4Sains) dan tempat kelima (Norsyakirah binti Radzuan - 5 Kemanusiaan) dalam pertandingan Ronda Pandu Arah (RPA) menggunakan kompas prismatik di mana kemenangan dalam acara RPA ini akan membawa pemenang-pemenang dari tempat pertama hingga ketiga ke peringkat kebangsaan.
Tahniah diucapkan kepada Georgian Girls yang sangat bersungguh dan berkebolehan tinggi dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selamat Maju Jaya..!!!
Laporan disediakan oleh;
Puan Ruzaimah