Tuesday, July 30, 2013

TADARUS AL-QURAN

Aktiviti  :  Tadarus al-Quran
Masa  :  Waktu rehat sepanjang bulan Ramadan
Tempat  :  Dewan Sekolah

Aktiviti bertadarus bagi pelajar dijalankan bermula pada 1 Ramadan lagi.  Pelajar diagihkan dalam kumpulan dan akan dibimbing oleh guru tingkatan dan guru pembantu. Setiap kumpulan / kelas diberikan agihan juzuk yang perlu dibaca.  Pelajar lelaki ditempat di dewan manakala pelajar perempuan berada di surau.  Majlis ini dijalankan pada hari Isnin hingga Rabu, manakala pada hari Khamis dan Jumaat, kuliah / tazkirah berkaitan Ramadan akan dipasangkan untuk tontonan pelajar.  Diharap, program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini berjalan lancar dan semua pelajar mendapat manfaatnya.

Kumpulan Tadarus Lelaki
Kumpulan Tadarus Perempuan

Tuesday, July 9, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS

AKTIVITI  :  LAWATAN PENANDA ARAS
TARIKH  :  7 JULAI 2013 (AHAD)
TEMPAT  :  SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM, JITRA, KEDAH

Rombongan dari SMK St. George (M) Balik Pulau tiba kira-kira pukul 10.45 pagi.  Disambut dengan penuh hormat oleh barisan pentadbir SM Sultan Abdul Halim dan juga guru-guru kanan. Lawatan ke SM Sultan Abdul Halim yang berobjektifkan perkongsian pendapat berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran terkini di sekolah lain.  Selain itu, diharapkan lawatan sebegini dapat meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru-guru dalam pengurusan panitia mata pelajaran.  Lawatan ini juga turut memberi pendedahan dan meningkatkan sensitiviti guru-guru terhadap keperluan pendokumentasian dan sistem fail di sekolah.

Sesi lawatan bermula dengan taklimat dari Pen. Kanan Pentadbiran, En. Mansor b. Abdul tentang sejarah sekolah, sistem pentadbiran dan juga program-program sekolah.
Taklimat dari En. Mansor b. Abdul
Sebahagian daripada guru SMK St. George yang hadir
 Seterusnya, Bengkel Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Inggeris (Pn. Rabitah bt. Abdul Wahab - Guru Cemerlang Bahasa Inggeris), Kemahiran Hidup dan juga Pengurusan Fail (Pn. Fauziah bt. Mohamed Said - Guru Cemerlang Kemahiran Hidup) telah diberikan.
Bengkel Pedagogi oleh Pn. Rabitah bt. Abdul Wahab
Agenda berikutnya ialah ucapan dari  Pengetua SM Sultan Abdul Halim, Tn. Hj. Abu Seman b. Sareh Md. Isa.  Antara lain mengalu-alukan kehadiran warga GEORGIANS ke JENAN dan menceritakan serba sedikit tentang sekolah.
 
Ucapan Pengetua SM Sultan Sultan Abdul Halim (Tn. Hj. Abu Seman b. Sareh Md. Isa)



Penyampaian cenderahati kepada sekolah
Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pengetua SMK St. George yang mengucapkan terima kasih atas kesudian sekolah menerima kunjungan lawatan ini.  Juga mengharapkan agar akan ada lagi lanjutan daripada lawatan kali ini.
Ucapan Pengetua SMK St. George