Pada 27 hingga 28 Mei 2014
yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid SMK St. George (M) Balik Pulau serta
Jawatankuasa Pembinaan Modal Insan SMK St. George (M) Balik Pulau telah
menganjurkan satu program yang diberi nama Kem Latihan Kepimpinan Al Mukmin
Mutiara Georgian bertempat di Pulau Aman, Pulau Pinang. Program ini merupakan
program kerjasama dengan Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Peserta yang terlibat dalam program ini adalah
seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5. 10
orang guru juga turut serta sebagai guru pengiring.
Hari Pertama :
27 Mei 2014 (Selasa)
Kira-kira jam 7.30 pagi, semua peserta kem bertolak dari SMK St.
George (M) menuju ke Pulau Aman dengan menaiki bas. Para peserta dan guru pengiring berkumpul di
Dewan Orang Ramai Pulau Aman. Satu
taklimat tentang perjalanan program telah diberikan oleh Tn. Hj. Mohd Noor b. Abdul
Rahim, Ketua Jurulatih dari MNPA Adventure Team Pulau Aman. Selesai taklimat, fasilitator dari MNPA
Adventure Team membahagikan peserta kepada 4 kumpulan dan aktiviti ‘ice breaking’ dijalankan.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah :
a) Aktiviti 1 : Ikhtiar
Hidup (Memasak di Dalam Hutan)
Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan mentah dan beberapa
peralatan memasak dan diminta memasak bahan tersebut menggunakan kaedah dapur
kayu. Kerjasama dalam kumpulan dan
kebijaksaan menggunakan benda-benda di sekeliling mereka membolehkan misi
mereka berjaya. Aktiviti ini bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara untuk memasak apabila berada
di dalam hutan.
Para peserta dihidangkan dengan makan tengah hari dan diberi masa untuk solat dan mengurus diri. Semua peserta ditempatkan di Asrama SK Pulau Aman.
b) Aktiviti 2 : Cara
Solat Dalam Hutan
Para peserta diberi pendedahan dan diajar bagaimana mengerjakan
solat ketika berada di dalam hutan. Slot
ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada para peserta walau di mana juga
kita berada tanggungjawab kepada Allah s.w.t tidak dilupakan.
c) Aktiviti 3 :
Explorace
Setelah selesai solat dan minum petang, para peserta dibawa untuk beriadah. Riadah merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan dan mencergaskan minda. Selepas beriadah, para peserta dibenarkan untuk berehat dan mengurus diri serta mengerjakan solat. Aktiviti seterusnya bermula pada sebelah malam iaitu selepas solat Isyak.
d) Aktiviti 4 : Slot
Motivasi dan ‘Team Building’
Aktiviti pada hari pertama
melabuhkan tirainya kira-kira jam 11.30 malam.
Para peserta dibenarkan untuk merehatkan diri setelah seharian
menjalankan pelbagai aktiviti.
Hari Kedua : 28
Mei 2014 (Rabu)
Aktiviti pada hari kedua bermula dengan kuliah subuh yang telah
disampaikan oleh Ustaz Syukur dari Politeknik Balik Pulau. Selepas itu, para peserta mengambil sarapan
pagi dan bersedia untuk aktiviti yang seterusnya.
a) Aktiviti 5 : Ceramah
Motivasi dan Promosi
Slot
ceramah dan promosi ini telah diberikan oleh tenaga pengajar dari Politeknik
Balik Pulau yang diketuai oleh Ustaz Syukur. Antara intipati ceramah ialah
memotivasikan para peserta untuk belajar dan menyambung pengajian ke IPT. Beliau turut memaklumkan tentang
syarat-syarat kemasukan ke IPT. Selain
itu, beliau turut mempromosikan Politeknik Balik Pulau sebagai salah satu
pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran.
b) Aktiviti 6 : Ceramah
Motivasi
Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Hassan dari SK
Pokok Sena. Beliau merupakan penceramah
yang dijemput oleh MNPA Adventures Team bagi mengisi slot motivasi kepada para
peserta.
Majlis Penutup
Tn. Hj. Mohd Noor b. Abdul Rahim yang merupakan Ketua Jurulatih
dari MNPA Adventure Team telah membuat rumusan tentang program yang telah berjalan
selama 2 hari ini. Majlis penutup
program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Politeknik Balik Pulau, Dr.
Hj. Mohd. Zahari bin Ismail. Antara
initipati ucapan beliau ialah mengharapkan agar semua peserta mendapat manfaat
daripada program yang telah dijalankan ini.
Beliau turut menyampaikan cenderahati, sijil dan hadiah kepada para
penceramah dan sesi bertukar-tukar
hadiah di antara guru pengiring, pihak Politeknik Balik Pulau dan MNPA
Adventures Team.
Rumusan
Program ini tamat kira-kira jam 4.00 petang. Para peserta dan guru pengiring bertolak pulang ke SMK St. George (M). Tuntasnya, program yang dirancang berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Diharapkan para peserta mendapat manfaat daripada program yang dijalankan serta mencapai kejayaan cemerlang bukan sahaja di dalam peperiksaan malahan dalam kehidupan mereka. Kejayaan program ini adalah atas kerjasama semua guru yang bertugas serta kerjasama daripada para peserta itu sendiri.
Program ini tamat kira-kira jam 4.00 petang. Para peserta dan guru pengiring bertolak pulang ke SMK St. George (M). Tuntasnya, program yang dirancang berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Diharapkan para peserta mendapat manfaat daripada program yang dijalankan serta mencapai kejayaan cemerlang bukan sahaja di dalam peperiksaan malahan dalam kehidupan mereka. Kejayaan program ini adalah atas kerjasama semua guru yang bertugas serta kerjasama daripada para peserta itu sendiri.
Sekalung
Penghargaan
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya pihak
Politeknik Balik Pulau, Y.B. Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Yahaya (Timbalan
Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau), PERDA (PDCA), Pn.
Siti Nor Hanim bt. Hj. Omar, Masjid Qaryah Bagan Air Itam (Jalan Bahru), Masjid
Qaryah Sungai Rusa dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang. Tidak
lupa kepada MNPA Adventures Team, guru-guru pengiring, penduduk Pulau Aman
serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih sekalung budi
Budi tuan jadi kenangan
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali