Saturday, April 10, 2010

Latihan sukan
















Antara gambar-gambar latihan sukan yang telah dijalankan...

Pelajar-pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan telah berusaha dengan sepenuhnya untuk mendapatkan mata bagi rumah sukan masing-masing..

Hari Sukan (27.3.2010)















Sukan tahunan SMK St.George Balik Pulau telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 27 Mac 2010.Rumah Merah telah menjadi johan bagi keseluruhan dan diikuti oleh rumah biru sebagai naib johan,rumah hijau di tempat yang ketiga dan seterusnya rumah kuning.


Pelbagai pertandingan yang menarik telah dipertandingkan dalam kalangan rumah sukan masing-masing.
Antaranya ialah:
1.Pertandingan Perhiasan dan Keceriaan Khemah
(Johan:rumah biru ,Naib johan:rumah kuning,Ketiga:rumah hijau)

2.Pertandingan kawad kaki antara pasukan unit beruniform

(Johan:Persatuan Bulan Sabit Merah,Naib Johan:Kadet Remaja Sekolah)

Gotong royong Perdana


















































LAPORAN GOTONG-ROYONG SEKOLAH (20.2.2010)
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George Balik Pulau telah mengadakan Gotong-Royong Perdana pada hari sabtu,20 Februari 2010. Aktiviti ini berlangsung dengan penuh kerjasama semua pelajar sekolah ini. Mereka berkerjasama antara satu sama lain seperti peribahasa melayu “seperti aur dengan tebing”.

Sebelum bermulanya gotong-royong tersebut. Semua pelajar telah berhimpun di gelanggang sepak takraw untuk pembahagian tugas. Beberapa tugasan telah diberikan kepada pelajar iaitu membersih kelas,bengkel,bilk guru dan sebagainya.

Mereka begitu gembire melakukan tugas yang diberikan tanpa merungut menenai tugas mereka kerana mereka akan dapat markah merit sebanyak 20 markah seorang.

Selepas gotong-royong ini berakhir, kelihatan semua pelajar keletihan, namun usaha mereka berbaloi kerana hasil kerjamereka membanggakan. Sehubungan dengan itu, mereka berharap agar program ini dapat diadakan sebagai aktiviti tahunan sekolah.

Disediakan oleh,
THINESWARAN,DINESWARAN,SHARTISH 20 FEBRUARI 2010
WARTAWAN KELAB BULETIN DAN MULTIMEDIA

Minggu Kesedaran Anti dadah dan Merokok 2010

Sekolah Menegah Kebangsaan Saint George Balik Pulau telah menjadikan perasmian penutup minggu kesedaran Anti Dadah, merokok dan HIV. Majlis tersebut bermula pada 9 pagi 5mac 2010.Pengarah Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya.

Majlis itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang.Selepas itu ustaz membacakan doa untuk memberkati majlis tersebut ,sekumpulan pelajar telah menyembahkan sebuah lagu nasyid.

Acara penyampaian hadiah untuk pertandingan melukis poster dan kuiz anti dadah diadakan. Pengetua sekolah iaitu Encik Izemar telah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pegawai Daerah Barat Daya iaitu Encik Mohd. Zabidi Bin Abdul Rahman, dan juga pegawai-pegawai lain yang memberi sumbangan untuk menjayakan minggu kesedaran anti dadah ,rokok,dan HIV.Akhirnya ,Encik Zabidi membarikan ucapan kepada para pelajar ,beliau menerangakan impak negatif merokok dan ketagihan yang akan dihadapi pelajar untuk berhenti merokok.