Friday, October 19, 2012

Aktiviti Bulan Oktober

Majlis ini akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang tercatat dalam banner di atas.  Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta dalam majlis ini bolehlah menghubungi :

Pn. Alina Abd. Rashid
Cik Mazna Mohd
Cik Hjh. Faridah Hussain
En. Mohamad Said Ishak
En. Dominic a/l Rayappan

 Tel  :  04 - 8668225





  • Pelbagai persembahan menarik bakal dipersembahkan. 
  • Cabutan bertuah menanti anda
Pembelian tiket dengan harga RM50 (ex-georgians) dan RM100 (VVIP).   Sila maklumkan kehadiran anda lebih awal bagi memudahkan pihak sekolah membuat persediaan.  Terima kasih.


Wednesday, September 5, 2012

Aktiviti Bulan September 2012


Pelancongan Seni Kotemporari 1 Malaysia 2012 (14 - 16 September 2012)

Program ini adalah anjuran pihak Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM.  Seramai 20 orang pelajar St. George amat bertuah kerana terpilih menjadi peserta dalam bengkel yang mereka kendalian.  Selain didedahkan dengan aspek sejarah, peserta turut didedahkan dengan teknik fotografi, membina papan cerita, mengedit video, kebun bunyi, membuat roket air dan banyak lagi aktiviti menarik.  Ini merupakan pengalaman baru kepada semua peserta dan diharapkan pengalaman dan pengetahuan tersebut menjadikan mereka lebih kreatif dan dapat mengaplikasikannya di sekolah nanti.


Bengkel Roket Air






Bengkel Fotografi

Bengkel : How Creative Are You?
Bengkel Gamelan
Bengkel Fotografi
Bengkel Fotografi
Bengkel Wayang Kulit
Peserta-peserta St. George
Hari Kokurikulum 2012 (29 September 2012)
SMK St. George akan mengadakan Hari Kokurikulum pada tarikh berikut.  Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya :
    • Pertandingan Memasak ala Master Chef
    • Pameran Kerjaya dan NGO
    • Kaunter Lagu
    • Pertandingan Futsal
    • Gerai Permainan
    • Pertandingan Kawad Kaki
    • Gerai Santapan dan Sudut Fotografi
    • Pertandingan Mewarna (pra sekolah)

    Peperiksaan Percubaan SPM 2012 ( 3 - 21 September 2012)



    Kepada semua calon SPM St. George (M), buat yang terbaik dalam peperiksaan percubaan kali ini.  Gunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi semasa menjawab.  Tanggungjawab tergalas di bahu kalian untuk melonjakkan nama St. George dalam bidang pendidikan.  Good luck!

    Sunday, August 5, 2012

    Aktiviti Bulan Ogos 2012


    Majlis Khatam al-Quran dan Sambutan di Ambang Aidil Fitri (15 Ogos 2012)



    Pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan ini, setiap kelas telah diberikan beberapa juzuk al-Quran untuk dibaca dengan bimbingan guru yang terlibat.  Alhamdullilah, sekali lagi kita berjaya menghabiskan 30 juzuk al-Quran pada Ramadan kali ini.  Majlis khatam al-Quran telah diadakan selepas waktu rehat di dewan sekolah dengan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Faiz Hassan (guru ganti).  Setelah selesai majlis pelajar dipersembahkan dengan beberapa persembahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba dan juga pelajar diberi peluang untuk bermaaf-maafan dengan guru-guru serta menerima duit raya.  "Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H" dan "Selamat Bercuti".




    Cuti Umum sempena Nuzul al-Quran (6 Ogos 2012)

     

     Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
    ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
    Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
    al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
    Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
    ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

    Pelancaran Kempen Bulan Kemerdekaan (3 Ogos 2012)

    Bagi menyahut seruan kerajaan agar menjalankan kempen kibarkan Jalur Gemilang, pihak sekolah telah mengambil inisiatif berikut dengan melancarkan kempen tersebut di peringkat sekolah.  Diadakan di dewan sekolah dan disertai oleh semua warga Georgian.  Antara pengisian program ialah Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua, En. Izemar b. Jamaluddin, ucapan Penyelaras Program, Pn. Juliana bt. Abd. Rani dan beberapa persembahan pelajar.  Sebuah persembahan multimedia turut ditayangkan bagi acara simbolik perasmian.  Panitia yang terlibat dalam melaksanakan kempen ini ialah Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sivik.  Merdeka! Merdeka! Merdeka! ... Kibarkan Jalur Gemilang ....

    Wednesday, August 1, 2012

    Aktiviti Bulan Julai 2012

    Redha atas pemergiaannya ....

    Seorang yang cukup ceria dan mesra ....

    Tanggal 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadan 1433H, jam 12.40 pagi ... seluruh warga St. George dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan .... kembalinya ke rahmatullah, Ustazah Nurul Izzah bt. Abdul Razak.  Pemergian secara tiba-tiba ... meruntun setiap jiwa pelajar mahupun rakan sekerja. Kembalinya pada pencipta pada penghulu segala hari ... penghulu segala bulan ... semoga Allah menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman ... Amin ....











     Seorang yang cukup gigih ....











    Seorang yang cukup bersemangat dan dekat dengan pelajar ....








    Abadikanlah kenangan indah bersamanya ... walaupun detik itu hanya seketika cuma (7 bulan) ...

    Ramadhan Datang Lagi ...



    Umat Islam mula berpuasa pada 21 Julai 2012.  Selamat Berpuasa kepada semua warga Georgian yang beragama Islam.  Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita ...InsyaAllah ....











    Ujian Kemajuan 2 (18 - 23 Julai 2012)
    Jadual ujian adalah seperti yang telah diedarkan.  Pelajar diminta bersedia dengan mengulangkaji pelajaran.


    Program Gegar Minda (16 Julai 2012)
    Program ini telah dijalankan di USM pada 16 dan 17 Julai 2012.  Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Ting. 3 dan 5 tentang teknik-teknik menjawab kertas peperiksaan.  Penceramah dijemput dari kalangan pemeriksa kertas. Diharapkan para pelajar mendapat input yang berguna untuk dimanfaatkan.

    Pelancaran Program Nadi Ilmu (13 Julai 2012)
    Program ini adalah gabungan bagi program Bulan Bahasa dan Aktiviti Pusat Sumber.  Program ini akan berlangsung dari bulan Julai hingga September.  Pelbagai aktiviti menarik dirancang sepanjang program ini antara ialah :
    • Program PSS                                                            
      • Kempen Galak Guna
      • Kempen Galak Baca
      • Pertandingan Ulat Buku
      • Kuiz Bulanan
      • Pencarian Kunci Emas
      • Sudut Bacaan
      • Kempen 1 Murid 1 Buku
      • Sumbangan Pukal
      • Pertandingan Poster Grafik
      • Anugerah NILAM
    • Program Bulan Bahasa (Panitia Bahasa Melayu)
      • Persembahan sajak/syair/pantun (Ting. 1 & 2)
      • Peribahasa Hari Ini (Ting. 5)
      • Istilah Pilihan Mingguan (Ting. 1)
      • Penulisan Ilmiah (Ting. 3 & 5)
      • Folio KOMSAS (Ting. 3)
      • Resensi Buku (Ting. 4)
      • Melukis Kulit Buku KOMSAS (Ting. 4) 

    Senamrobik 1 Murid 1 Sukan (10 Julai 2012)
    Aktiviti senamrobik ini diadakan serentak di seluruh Malaysia bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.  Semua pelajar dan guru mengambil bahagian.  Aktiviti ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dari segi menambah kecergasan fizikal dan mental.


    Pendaftaran pelajar
    Senamrobik 1 Malaysia (perempuan)

    Taklimat dari Pn. Siti Noor

    Senamrobik 1 Malaysia (lelaki)


    Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012 (5 Julai 2012)
    Sambutan kali ini diadakan pada hari Khamis pada tarikh tersebut.  Perhimpunan khas diadakan di dewan sekolah bagi tujuan tersebut.  Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Pertandingan Kuiz, Pertandingan Kasut Kreatif, Pertandingan Gubahan Bunga dan Coklat, Demonstrasi Mencanting Batik dan Teknik Tie Die, Sukaneka dan Gerai Jualan.  Hadiah diberikan kepada para pemenang di akhir program.


    Perhimpunan khas

    Bantuan kpd pelajar kurang berkemampuan

    Acara menanam pokok

    Gerai jualan
    Cenderahati kepada guru-guru



    Kasut Kreatif

    Acara penyampaian hadiah



    Sukaneka

    Demonstrasi mencanting batik

    Aktiviti Bulan Jun 2012

    Ceramah Kecemerlangan "Hot Button" (13 Jun 2012)
    Program ini adalah di bawah kelolaan kaunselor sekolah.  Ceramah motivasi ini diadakan pada hari Rabu pada tarikh berikut.  Kelas yang terlibat ialah Ting. 2 Mulia dan semua  pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.  Aktiviti ini dijalan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.  Diharapkan pelajar dapat manfaat dari program ini.

    Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (15 Jun 2012)
    Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik khususnya kepada cikgu dan cikgi St. George. 

    Sukaneka
    Sukaneka
    Persembahan pelajar

    Hari Anugerah Cemerlang 2012 (23 Jun 2012)
    Hari bagi meraikan kecemerlangan pelajar kembali lagi.  Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd. Zaki b. Hj. Harun, Ketua Sektor Akademik JPN Pulau Pinang.  Kali ini satu kelainan yang dibuat di mana para pelajar yang menerima hadiah diberi peluang memakai jubah graduan seperti majlis konvokesyen di universiti.  Selain itu, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) turut disampaikan kepada guru-guru yang telah membawa kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran tertentu dalam PMR dan SPM tahun lalu.  Sekalung ucapan tahniah diucapkan.
    Guru-guru SMK St. George (M)
    Sebahagian guru yang menerima APC peringkat sekolah
    Penerima APC : Pn. Hjh. Suriati bt. Ismail
    Anugerah kepada pelajar
    Anugerah kepada pelajar


    Kejohanan Olahraga 2012 (30 Jun 2012)
    Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh En. Mohd. Pazli b. Ismail, YDP PIBG SMK St. George(M).  Kemuncak bagi acara sukan dipertandingan pada hari tersebut.  Setiap rumah sukan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam apa jua acara yang dipertandingkan.  Tahniah kepada rumah Merah yang menjadi juara pada tahun ini.                                                 

    Rumah Biru
    Rumah Hijau
    Rumah Kuning
    Rumah Merah
    Bacaan Ikrar Kejohanan
    Ucapan Perasmian oleh En. Mohd. Fazli (YDP PIBG)
    Acara penyampaian hadiah
     Acara balapan