Redha atas pemergiaannya ....
Tanggal 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadan 1433H, jam 12.40 pagi ... seluruh warga St. George dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan .... kembalinya ke rahmatullah, Ustazah Nurul Izzah bt. Abdul Razak. Pemergian secara tiba-tiba ... meruntun setiap jiwa pelajar mahupun rakan sekerja. Kembalinya pada pencipta pada penghulu segala hari ... penghulu segala bulan ... semoga Allah menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman ... Amin ....
Seorang yang cukup gigih ....
Seorang yang cukup bersemangat dan dekat dengan pelajar ....
Ramadhan Datang Lagi ...
Umat Islam mula berpuasa pada 21 Julai 2012. Selamat Berpuasa kepada semua warga Georgian yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita ...InsyaAllah ....
Ujian Kemajuan 2 (18 - 23 Julai 2012)
Jadual ujian adalah seperti yang telah diedarkan. Pelajar diminta bersedia dengan mengulangkaji pelajaran.
Program Gegar Minda (16 Julai 2012)
Seorang yang cukup ceria dan mesra .... |

Abadikanlah kenangan indah bersamanya ... walaupun detik itu hanya seketika cuma (7 bulan) ...
Ramadhan Datang Lagi ...
Umat Islam mula berpuasa pada 21 Julai 2012. Selamat Berpuasa kepada semua warga Georgian yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita ...InsyaAllah ....
Ujian Kemajuan 2 (18 - 23 Julai 2012)
Jadual ujian adalah seperti yang telah diedarkan. Pelajar diminta bersedia dengan mengulangkaji pelajaran.
Program Gegar Minda (16 Julai 2012)
Program ini telah dijalankan di USM pada 16 dan 17 Julai 2012. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Ting. 3 dan 5 tentang teknik-teknik menjawab kertas peperiksaan. Penceramah dijemput dari kalangan pemeriksa kertas. Diharapkan para pelajar mendapat input yang berguna untuk dimanfaatkan.
Pelancaran Program Nadi Ilmu (13 Julai 2012)
Program ini adalah gabungan bagi program Bulan Bahasa dan Aktiviti Pusat Sumber. Program ini akan berlangsung dari bulan Julai hingga September. Pelbagai aktiviti menarik dirancang sepanjang program ini antara ialah :
- Program PSS
- Kempen Galak Guna
- Kempen Galak Baca
- Pertandingan Ulat Buku
- Kuiz Bulanan
- Pencarian Kunci Emas
- Sudut Bacaan
- Kempen 1 Murid 1 Buku
- Sumbangan Pukal
- Pertandingan Poster Grafik
- Anugerah NILAM
- Program Bulan Bahasa (Panitia Bahasa Melayu)
- Persembahan sajak/syair/pantun (Ting. 1 & 2)
- Peribahasa Hari Ini (Ting. 5)
- Istilah Pilihan Mingguan (Ting. 1)
- Penulisan Ilmiah (Ting. 3 & 5)
- Folio KOMSAS (Ting. 3)
- Resensi Buku (Ting. 4)
- Melukis Kulit Buku KOMSAS (Ting. 4)
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan (10 Julai 2012)
Aktiviti senamrobik ini diadakan serentak di seluruh Malaysia bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semua pelajar dan guru mengambil bahagian. Aktiviti ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dari segi menambah kecergasan fizikal dan mental.
Pendaftaran pelajar |
Senamrobik 1 Malaysia (perempuan) |
Taklimat dari Pn. Siti Noor |
Senamrobik 1 Malaysia (lelaki) |
Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012 (5 Julai 2012)
Sambutan
kali ini diadakan pada hari Khamis pada tarikh tersebut. Perhimpunan
khas diadakan di dewan sekolah bagi tujuan tersebut. Pelbagai aktiviti
yang dijalankan antaranya ialah Pertandingan Kuiz, Pertandingan Kasut
Kreatif, Pertandingan Gubahan Bunga dan Coklat, Demonstrasi Mencanting
Batik dan Teknik Tie Die, Sukaneka dan Gerai Jualan. Hadiah diberikan
kepada para pemenang di akhir program.
Perhimpunan khas |
Bantuan kpd pelajar kurang berkemampuan |
Acara menanam pokok |
Gerai jualan |
Cenderahati kepada guru-guru |
Kasut Kreatif |
Acara penyampaian hadiah |
Sukaneka |
Demonstrasi mencanting batik |
No comments:
Post a Comment