Wednesday, August 1, 2012

Aktiviti Bulan Mei 2012

Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun (26 Mei - 10 Jun 2012)
Selamat Bercuti kepada semua warga Georgian!




Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Minggu peperiksaan telah pun bermula.  Semua pelajar diminta mengulangkaji pelajaran dan menjawab soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh .... Good luck Georgian !











Perkampungan Ibadah & Sahsiah
Seramai 40 orang pelajar telah menyertai program ini yang telah diadakan di Kem Tentera 2 Rejimen Semboyan Diraja, Sungai Ara, Pulau Pinang.  Program yang berlangsung selama 2 hari itu bertujuan untuk membentuk sahsiah pelajar agar menjadi seorang yang berpekerti mulia.  Program ini merupakan program kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak 2 Rejimen Semboyan Diraja.




Program Gegar Sains dan Informasi (21-23 Mei 2012)
Program ini telah dijalankan pada Isnin hingga Rabu.  Program yang berwacanakan ilmu ini adalah anjuran bersama Panitia Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan Reka Cipta.  Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek-subjek tersebut.  Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Dr. Sharifah Bee bt. Aboo Bakar telah merasmikan program ini.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pameran Petrosains di dewan, Pertandingan Roket di padang sekolah dan Kuiz Soduko.  Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik & Pertandingan Memasak telah diadakan pada 22 Mei 2012. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bagi setiap tingkatan. Pameran Kerjaya pula diadakan pada 23 Mei 2012. Majlis penutupan minggu Sains dan Matematik turut diadakan pada hari tersebut.





 Cuti Hari Pekerja (1 Mei 2012)
Selamat bercuti kepada semua warga St. George, guru-guru dan staf.







No comments: