Majlis Khatam al-Quran dan Sambutan di Ambang Aidil Fitri (15 Ogos 2012)
Pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan ini, setiap kelas telah diberikan beberapa juzuk al-Quran untuk dibaca dengan bimbingan guru yang terlibat. Alhamdullilah, sekali lagi kita berjaya menghabiskan 30 juzuk al-Quran pada Ramadan kali ini. Majlis khatam al-Quran telah diadakan selepas waktu rehat di dewan sekolah dengan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Faiz Hassan (guru ganti). Setelah selesai majlis pelajar dipersembahkan dengan beberapa persembahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba dan juga pelajar diberi peluang untuk bermaaf-maafan dengan guru-guru serta menerima duit raya. "Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H" dan "Selamat Bercuti".
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang
ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam
Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke
bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW
maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya
yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’
bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang
menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat,
muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering
dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau
‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan
al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di
dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam
al-Quran. Firman Allah:
Dan
tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat
seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam
sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan
Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail
ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)Pelancaran Kempen Bulan Kemerdekaan (3 Ogos 2012)
Bagi menyahut seruan kerajaan agar menjalankan kempen kibarkan Jalur Gemilang, pihak sekolah telah mengambil inisiatif berikut dengan melancarkan kempen tersebut di peringkat sekolah. Diadakan di dewan sekolah dan disertai oleh semua warga Georgian. Antara pengisian program ialah Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua, En. Izemar b. Jamaluddin, ucapan Penyelaras Program, Pn. Juliana bt. Abd. Rani dan beberapa persembahan pelajar. Sebuah persembahan multimedia turut ditayangkan bagi acara simbolik perasmian. Panitia yang terlibat dalam melaksanakan kempen ini ialah Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sivik. Merdeka! Merdeka! Merdeka! ... Kibarkan Jalur Gemilang ....